Tuesday, November 11, 2008

Video Klip Nostalgia PUMA 27

Hanya beberapa sedutan drpd byk sedut-sedut

baca seterusnya...

Thursday, November 6, 2008

Keperluan Pegawai ATM dari Skim PALAPES

Dipetik dari Laman Web Dato` Shahrir Abdul Samad

Asalamualaikum Dato, Negara memerlukan golongan profesional memenuhi pelbagai ruang dan cabang perkhidmatan awam. Disamping itu kita juga mahukan pegawai dan anggota ATM dari kalangan profesional. Mereka ini samada terus berkhidmat atau berpindah ke agensi awam ataupun swasta dalam negara merupakan asset besar dalam system pertahanan negara. Sebagai contoh semua juruterbang dalam Tentera Laut Amerika Syarikat memiliki ijazah kejuruteraan sebelum memulakan karier sebagai juruterbang. Tentera Udara Amerika Syarikat juga memiliki juruterbang yang mempunyai pendidikan jauh lebih baik dari mana-mana agensi kerajaan yang lain. Mereka tidak perlu berkhidmat sehingga 10 tahun. Kerana kerajaan Amerika sedar, mereka ini akan menjadi asset sewaktu perang dan dengan membenarkan mereka berhenti dari perkhidmatan tetap, membolehkan lebih ramai juruterbang dilatih. Disamping mengelakkan perasaan jemu atau tidak puas hati jika mereka terpaksa meneruskan tugas sehingga 10 tahun.


Disamping itu Amerika Syarikat boleh memanggil mereka ini kembali apabila keadaan terdesak dan mereka sentiasa mengekalkan sikap patriotisme kerana mereka telah dilatih dalam bidang ketenteraan secara sukarela terdahulu. Kalau anda lihat laman web semua program PALAPES di universiti-universiti Amerika Syarikat (ROTC) ianya dikendalikan oleh pegawai yang mempunyai ijazah dan terutama dalam bidang kejuruteraan jika sebelum ini mereka merupakan juruterbang. Mereka kemudian mengajar dan mengurus program ROTC ini dengan baik kerana mereka juga mempunyai ijazah kalau bukan ijazah lanjutan. Mereka ini telah menuntut di universiti dan faham apa yang dilalui sebagai pelajar dengan skim ROTC ini. Jadi semua pelajar yang menyertai program ROTC ini akan menyertai angkatan tentera Amerika Syarikat terus tanpa perlu lagi dilatih seperti di Malaysia antara 6 hingga 12 bulan. Kenapa? Kerana program ROTC mereka ini memang bertujuan untuk menyediakan bakal pegawai. Kita di sini yang sebaliknya yang berlaku. Graduan dengan tauliah Yang DiPertuan Agong tidak diserap terus. Yang pelik lagi, Kementerian Pertahanan akan mengeluarkan iklan hanya 1-2 bulan selepas pentauliahan oleh Yang DiPertuan Agong di ITPA. Seolah-olah mempersendakan majlis pengtauliahan ini sendiri. Semua ucapan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) memuji mereka ini. Tetapi, apabila tawaran skim pagawai ATM keluar, segala kenyataan oleh Yang DiPertuan Agong dan PAT sendiri seolah-olah diperlekehkan oleh skim kemasukan yang pihak ATM sendiri sediakan. PALAPES tiada nilai lagi.

Apa guna ATM terutamanya melatih 3 tahun para pelajar IPTA ini sehingga mendapat pengtauliahan Yang DiPertuan Agong tetapi mereka perlu sekali lagi memohon untuk mengikuti kursus menjadi pegawai ATM yang akan ditauliahkan sekali lagi? Tidakkah ini pelik? Lebih menarik bukan semua pegawai PALAPES ini diambil. Hanya minoriti yang terpilih. Dan ramai pulak yang memang kurang dari segi stamina dan pendidikan yang diterima masuk jika dibandingkan pemohon dari kalangan graduan PALAPES sendiri. Jika negara mengadakan skim PALAPES ini dengan tujuan asal, kita tidak lagi perlu risau dengan skim latihan semasa perkhidmatan untuk meningkatkan tahap pendidikan pegawai ATM. Kita juga tidak perlu mengadakan sekolah latihan kadet disemua 3 cabang ATM. Saya harap Dato dapat membawa isu ini supaya satu rombakan dapat dilakukan agar matlamat PALAPES sebagai skim persediaan untuk pegawai graduan ATM dilaksanakan demi pembangunan knowledged armed forces sendiri. Jika pelajar tidak sanggup menyertai PALAPES semasa di IPTA maka sudah semesti dia tidak memberi keutamaan kepada pertahanan negara dan tidak perlu diberi keutamaan menyertai skim pegawai ATM. Kerana mereka ini hanya mahu menyertai skim pegawai ATM atas lain-lain sebab dan bukan seperti tujuan dan matlamat mereka yang menyertai PALAPES. Pegawai PALAPES perlu membahagikan masa dengan baik demi menjalankan 2 tugas sebagai pelajar dan sebagai pegawai kadet dalam latihan ATM. KECUALI jika institusi mereka tidak ada program PALAPES, ATAU ATM memerlukan lebih ramai pegawai dalam bidang-bidang tertentu. Tetapi kita masih perlu memberi keutamaan kepada graduan PALAPES bila terdapat graduan dari skim yang sama.

Para pegawai yang telah ditauliahkan ini juga perlu menyertai program yang lebih singkat dan menyertai ATM dengan pangkat yang diberi oleh Yang DiPertuan Agong yang terdahulu atau lebih tinggi mengikut bidang dan kelayakan. Meminggirkan para graduan PALAPES memberi isyarat yang salah kepada ramai anak muda dan pelajar pintar dan cemerlang di IPTA tentang sikap dan kepimpinan dalam Kementerian Pertahanan. Ini sudah tentu mempengaruhi persepsi dan psikologi pertahanan negara dalam jangka masa panjang. Lebih baik program ini dibatalkan jika ia hanya satu program untuk menghabiskan wang rakyat tanpa satu tujuan dan matlamat yag kukuh dan berfaedah. Kita tidak mahu program bertindan dan program yang dijalankan tidak terbuka atau yang dijalankan untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai kepentingan dalam organisasi seperti ATM ini. Sudah tentu Dato mahu melihat barisan pertahanan negara dikuasai oleh mereka yang benar-benar sanggup mempertahankan negara melibatkan mereka yang membina kekuatan ini dari semua insitiusi pendidikan tinggi negara.

baca seterusnya...

Monday, November 3, 2008

SELAMAT HADAPI PEPERIKSAAN

Salam peperiksaan buat semua warga Uni.Malaya... sudah terlalu lama tidak diupdate blog ini. Hanya blog sendiri sahaja, itupun juga tak selalu update.

Peperiksaan kini menjengah kita. Tiada kata-kata paling istimewa, hanyalah

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT


baca seterusnya...

Sunday, March 23, 2008

Hari BAKAT PUMA

Kompleks PALAPES Universiti Malaya. 23 Mac 2008 (Ahad). Badan Kebajikan Angkatan Tentera PALAPES Universiti Malaya (BAKAT PUMA) telah mengadakan mesyuarat tahunan pada hari ini bertempat di bilik kuliah Intermediate (Siri 28). Bersidang selama 2 jam dari 0830 H hingga 1030 H bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru BAKAT PALAPES Universiti Malaya.



Ahli jawatankuasa BAKAT PUMA 2008 bergambar kenangan di hadapan bangunan pentadbiran PALAPES Universiti Malaya seusai mesyuarat tersebut.

Aktiviti lain pada hari BAKAT PUMA ialah sukaneka yang melibatkan para isteri dan anak staf PALAPES Universiti Malaya. Antara aktiviti sukaneka yang dipertandingkan ialah menganyam ketupat daun kelapa, boling buah kelapa, memancing botol, isi air dalam botol, berebut kerusi, cari duit dalam tepung.

Pegawai kadet senior terlibat secara langsung sebagai ajk pelaksana sukaneka dan semua pekerjaan fitik memandangkan latihan pada kali ini tidak melibatkan peringkat junior dan Intermediate. Bahkan ini adalah pengalaman pertama pegawai kadet senior terlibat dalam aktiviti BAKAT PUMA selama tiga tahun ini.

Semoga BAKAT PUMA terus cemerlang menganjurkan aktiviti dan menjaga kebajikan ahlinya pada masa hadapan.


Antara gambar2 menarik sukaneka:


anyam kak jangan tak anyam...nyam...nyam...nyam...



buat macam ummi ajar semalam ye...



apa la abang ni bubuh duit dalam tepung gandum, kalau tepung jagung kan best...ihiks



ye ke ni makin jauh makin sayang...kalau jauh macam mana nak sayang..uhuu



kalau main kat rumah kan best...takyah nak rebut-rebut, tak gitu ye bang?


baca seterusnya...

Saturday, March 22, 2008

Melawat sambil bertanding

Kompleks PALAPES UM. 22 Mac 2008. .Beberapa buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur telah datang melawat Kompleks PALAPES UM ambil bertanding kawat kaki di padang kawat markas. Antara sekolah yang datang ialah Sek. Keb. Kampung Baru, Sek. Keb. Bandar Tasik Selatan dan banyak lagi. Antara pasukan beruniform yang dapat dilihat pada pagi-pagi hari ini ialah pengakap, pandu puteri, puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan PBSM. baca seterusnya...

Sunday, March 16, 2008

Sukan PUMA 2008

Oleh Bukannya Saad bin Said

Sukan Pegawai Kadet bersama Staf PALAPES Universiti Malaya berlangsung selama 2 hari bermula pada 15 Mac 2008 hingga 16 Mac 2008. Antara aktiviti yang dipertandingkan (yang diadakan di kolej kelima) ialah bola tampar, sepak takraw, bola jaring, futsal, dan merentas desa (diadakan di Kompleks).

Pasukan yang bertanding adalah terdiri dari Kompeni A (diketuai oleh PRM Ahmad Hadidin), Kompeni B (diketuai oleh PRM Haslina), Kompeni C (diketuai oleh PRM Syukri) dan Pasukan Staf (PWII Kadir @ Cik Q Kadieq). (p/s: SUO Elias tiada pada aktiviti dua hari ini kerana menyertai XPDC mendaki Gunung Stong yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu).



Berikut adalah antara aksi menarik pada hari perlawanan:




The Mastermind




Lt. Nazar menunjukkan kemahiran beliau..caiyolah tuan!




eh apa masalah dia nih?


ooooyeah...majulah sukan untuk bukan yang bukan-bukan...takbir!!!



oooo...ilek aaa...tungguuuu kejap ye...




mana bola ni...silau aaa



mantap la ko kadet sekali dapat tiga... (dalam hati: jangan la tuan kembang hidung saya..)hihihi




baca seterusnya...

Belasungkawa PRMQ

Takziah diucapkan kepada PRMQ Wan Abd. Rahman di atas pemergian bonda yang tercinta pada hari Jumaat malam sabtu lepas, 14 Mac 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah. Al-Fatihah. baca seterusnya...

MIEX '08


MILITARY EXHIBITION 2008 adalah nama lain untuk program Perkampungan Perang yang telah diubah pada sesi lepas lagi. Nama tersebut nyaris-nyaris diubah keseluruhan, yakni tidak boleh digunapakai lagi nama Perkampungan Perang kerana bunyinya ganas (ada lah yang kata, ini bukan fakta palsu). Apapun ini adalah perubahan yang baik, yakni lebih universal, kan ramai warganegara asing jadi pelajar UM sekarang.

Di bawah ialah antara aksi-aksi bukan pengganas sepanjang program tersebut berlangsung:

Depan pintu masuk Perkampungan Survivor bersama PKK Shahid Mukhlis


Geng Penggali kubu M16 dan GPMG - PBT Sudan and friends


Ujang sedang meramalkan keadaan cuaca pada masa yang sama mendoakan hujan turun..hihi



Beberapa orang lagi makhluk yang Smoke berry


Sarjan Asrul buat-buat sibuk


Malam Dayasari - dalam pertandingan makan limau mandarin paling pantas habis - SUO dah siap kopek dulu sebelum mula

baca seterusnya...

Pembukaan Latihan PALAPES UM

Pembukaan latihan PALAPES UM (Darat dan Laut)telah diadakan pada 24 Februari 2008 bertempat di Markas PALAPES UM. Pembukaan latihan ini juga turut disertai oleh Pasukan Sukarelawan Polis Universiti Malaya (SUKSIS UM).




Perasmian Pembukaan Latihan oleh Komandan PALAPES UM






Pegawai Kadet Darat





Pegawai Kadet Laut





Sukarelawan Polis UM




Perasmian di Sirkit Merentas Halangan PALAPES UM




Halangan tembok 12 kaki




Kamate Senior Intake 27


Navy dan Suksis lawan pistol...natijahnya - Navy menjadi hantu pocong keluar Tapak Tembak..uhuhu



Antara kedai yang dibuka pada hari itu - Staf Tajul biasanya menguasai pasaran (sebab dia sorang je jual brg2 ni, buat masa ni)..aahhaa

baca seterusnya...

Tuesday, March 4, 2008

CINTA SI PENGGALI KUBU




Hamparan bumi yang kuterdampar padanya
terasa empuk menyambut aku yang tersungkur
langit biru yang kuberteduh tatkala mimpi hadir
seakan ingin runtuh kerana menangisi aku
yang mengerengkok kerana terlalu rindu
kepada bidadari syurga yang sedang menanti.

Aku tidak sabar lagi membidik kepala musuh
dan melumatkan tubuh mereka dengan peluru
atau aku dahulu yang gugur syahid
cita-cita yang tidak pernah kunjung padam
gugur sebagai pejuang di medan jihad.

Bumi yang terhampar aku terdampar
esok tanah ini akan menyelimutiku
dan perut bumi menjadi kamar bersemadi
hanya kupohon padamu ya Rabbi
Jadikanlah liangku itu sebuah taman
dari taman-taman syurgaMu
hanya engkaulah aku mengharap
tiada lain yang kusembah
melainkan hanya Engkau ya Rabb.

Langit bumbung yang kuberteduh
tapi matahari tetap membakar
awan tetap menggugurkan kandungan
tatkala langit bersedih
meratapi nasib bumi yang tandus
aku yang terdampar dalam kubu pertahanan
kuyup basah bermandi hujan
dengan pakaian seorang pejuang
dan di tangan bukan lagi sebilah pedang
tapi senjata moden yang canggih
yang aku genggam sepanjang masa
dalam lena dan jaga.

Oh bumi yang terhampar aku terdampar
kubina sebuah kubu pertahanan dari musuh
yang bakal menyerang bila-bila masa
sesungguhnya aku sangat mencintai agamaku
aku sangat sayang negaraku ini
walaupun aku tahu bahawa
masih ada beratus-ratus
malah mungkin beribu-ribu Sang Rajunatapa
yang bersedia membuka pintu kota
menderhaka!


HASMORA MASNURI
Ex-Wira Penggempur PALAPES UM, Felda Sg. Tengi. baca seterusnya...

Ex-Wira Penggempur Felda Sg. Tengi 2007



Oleh:PKSJN Hasbullah Haji Mohamed


Latihan tahunan Palapes Darat Universiti Malaya telah bermula pada 2 Disember dan berakhir pada 16 disember 2007. Latihan tahunan pada kali ini telah diadakan di Kuala Kubu Baru dan Markas Taktikal adalah di Taska Felda Sg. Tengi Selatan.

Latihan pada kali ini dinamakan sebagai Ex-Wira Penggempur. Sesuai dengan nama tersebut, latihan tahunan pada kali ini memang mempunyai kelainan dan cabarannya tersendiri. Cabaran paling getir dihadapi oleh peringkat senior semasa fasa medan terakhir; serangan.

Latihan tahunan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa kem dan fasa medan. Pada peringkat fasa kem iaitu pada 2 hingga 7 Disember 2007, pegawai kadet peringkat dua dan tiga menghadapi ujian yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Antara tempat yang digunakan untuk pelaksanaan ujian ialah ladang ternakan lembu untuk ujian LTTA dan bukit di belakang Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi untuk ujian membaca peta. Ujian kawad dan ujian bertulis diadakan di Markas Palapes Universiti Malaya.



Ujian yang harus dihadapi oleh pegawai kadet intermediate dan senior terbahagi kepada empat. Antara perkara yang diuji ialah kawad (memberi hukuman kepada skuad dan kelakuan sendiri), ujian senjata (mengendalikan, membuka dan memasang senjata GPMG, LMG, M-16 dan Mortar), Latihan Taktikal tanpa anggota (LTTA), dan ujian objektif (senjata dan taktik).

Pada fasa medan pula peringkat 3 bermula dengan fasa pertahanan manakala intermediate melaksanakan fasa mara. Cabaran kali ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal jauh lebih tinggi berbanding latihan tahunan lepas. Berbeza semasa peringkat dua dahulu yang hanya dipantau dan ditegur oleh jurulatih sahaja. Kali ini penguji akan bertanya apa sahaja yang pegawai kadet senior lakukan dan semua perkara diteliti. Oleh yang demikian setiap pegawai kadet senior mesti bersedia menghadapi ujian yang bakal tiba.



Latihan senior amat dititikberatkan kerana melalui latihan inilah pegawai kadet senior akan dinilai sejahmana kesediaan mereka dalam menjadi seorang pegawai yang mempunyai persediaan mental dan fizikial yang mantap. Jarak perjalanan dari peringkat satu hingga peringkat tiga bukanlah seperti yang dijangkakan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku telah berlaku. Pertukaran jurulatih demi jurulatih sedikit sebanyak mempengaruhi moral pegawai kadet, tidak kira sama ada jurulatih peringkat sendiri ataupun jurulatih peringkat lain.



Seperti juga jarak perjalanan yang ditempuhi oleh pegawai kadet dalam misi mara untuk memusnahkan musuh di petak peta yang telah ditentukan oleh ketua kompeni ataupun keputusan mengundurkan pasukan dari kawasan pertahanan. Jarak yang tidak dekat malah harus menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam perjalanan. Namun semua itu sebenarnya hanyalah dihujung kuku sahaja jika hendak dibandingkan dengan latihan anggota tetap. Walaubagaimanapun, latihan tahunan ini sudah cukup untuk memanifestasikan segala pelajaran yang terkatup dalam kuliah setiap kali latihan tahunan. baca seterusnya...

Laporan Latihan Perkhemahan FOMDEX Nov 2007



Oleh: PKK Leong Chu Yoke dan PKK Syuhada bt Nazri

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Program Latihan Perkhemahan ‘Fitness Organizational and Mental Development Exercise’ (FOMDEX) yang dikoordinasikan oleh unit KD Sri Klang di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 19 hingga 24 November 2007. Terdapat seramai 375 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) yang terlibat dalam latihan tersebut.

Objektif utama latihan FOMDEX ini adalah untuk:

a. Menguji dan melahirkan pegawai yang berkaliber daripada kalangan pegawai-pegawai muda PALAPES (L) di dalam aspek-aspek mengurus, mentadbir dan mengelolakan satu aktiviti perkhemahan tersebut.

b. Membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab di samping disiplin yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota.

c. Membentuk semangat kerjasama berpasukan dan sesi suaikenal di antara peserta-peserta perkhemahan ketiga-tiga universiti yang terlibat.

Pada 19 November 2007 (Isnin), semua pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) berkumpul di tapak perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Taklimat ringkas mengenai latihan dan penginapan perkhemahan diberikan oleh BM PPP (GI) Fauzi Bin Hashim supaya semua PALAPES (L) UiTM, UM dan UPM berjaga-jaga keselamatan masing-masing serta untuk memastikan kelancaran program ini. Selepas makan tengahari dan pentadbiran sendiri, Pegawai Koordinasi Latihan iaitu Lt Dya Mohd Othman bin Harun PSSTLDM mengendalikan sesi Ice Breaking supaya semua anggota PALAPES (L) dapat bersuaikenal antara satu sama lain. Mereka dibahagi kepada 10 kumpulan iaitu Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, Indian dan Julia. Di samping itu, kami perlu memikirkan persembahan kumpulan pada malam tersebut.

Kami perlu wakie-wakie (Bangun) pada 0530 H pada keesokan hari untuk acara Early Morning Activity (EMA) iaitu campus run di sekitar Hutan Lipur Lentang. Pada hari ini, kami di beritahu bahawa makanan pagi, tengahari dan malam perlu dimasak sendiri. Kami diberikan alat memasak dan makanan tentera 2 bungkus sebagai bekalan untuk menampung pemakanan sepanjang seminggu latihan FOMDEX tersebut. Pada hari tersebut kami telah menjalani aktiviti Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup dan Night Drop/Jurik Malam. Tetapi malam tersebut hujan lebat dan keadaan tidak sesuai untuk Night Drop, namun kami terpaksa juga berhujan selama 2 jam kerana tiada tempat berteduh.



Pada 21 November 2007 (Selasa) pula, kami ada 2 sesi Repelling yang diadakan pada 0830 H dan 1400 H. Sesi pertama ialah menggunakan kompas mencari petunjuk untuk mencari 10 station yang terletak di sekitar Hutan Lipur Lentang, Kami perlu menyelesaikan masalah yang terdapat dalam setiap station iaitu meneka alphabical signal flag dan menyambung pantun yang diberikan. Sesi kedua pula, kami Abseiling di puncak bukit yang dianggarkan setinggi 5 tingkat. Di situ terdapat ramai anggota PALAPES (L) seronok belajar cara memakai tali pinggang yang betul, cara turun bukit dengan tali sambil dipantau oleh jurulatih. Mungkin disebabkan tanah liat yang licin, ramai anggota PALAPES (L) tergelincir semasa turun bukit. Pada malam tersebut, kami mempunyai satu aktiviti ’self-defense’ antara para anggota PALAPES (L) dengan anggota dari Unit KD SRI KLANG, di mana anggota PALAPES (L) perlu menyediakan makanan untuk pihak juri dan menjaga keselamatan ahli kumpulan daripada serangan anggota Unit KD SRI KLANG. Di dalam aktiviti tersebut, semua anggota PALAPES (L) bekerjasama memasak makanan malam dalam masa 1 jam di samping mempertahankan keselamatan kumpulan masing-masing daripada serangan KD Sri Klang.

Pada keesokan harinya pula, kami diberi taklimat mengenai pengenalan pistol dan cara penggunaan signal pistol yang betul. Dengan itu, kami mengetahui bahawa kita perlu menghala ke atas langit pada sudut 45 darjah di samping perlu memberi perhatian kepada sebarang halangan seperti dahan pokok kerana ini mungkin akan membahayakan keselamatan diri dan akan mengakibatkan kebakaran hutan jika tidak mengambil langkah-langkah berjaga yang sepatutnya.

Secara keseluruhannya, kami sebagai anggota PALAPES (L) sangat berbangga dan bersyukur kerana sepanjang latihan perkhemahan ’FOMDEX’ ini, kami dapat menimba pengetahuan mengenai survival di hutan di samping memantapkan lagi fizikal dan mental para anggota PALAPES (L). Hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan amat bermakna dan berfaedah serta mencabar. Seperti tema latihan FOMDEX ini ’Nothing is Impossible’, kami percaya kejayaan seseorang adalah bergantung kepada keazaman dan kesungguhan masing-masing dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau amanah. baca seterusnya...
Oleh: PKK Leong Chu Yoke dan PKK Syuhada bt Nazri

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Program Latihan Perkhemahan ‘Fitness Organizational and Mental Development Exercise’ (FOMDEX) yang dikoordinasikan oleh unit KD Sri Klang di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 19 hingga 24 November 2007. Terdapat seramai 375 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) yang terlibat dalam latihan tersebut.




Objektif utama latihan FOMDEX ini adalah untuk:
a. Menguji dan melahirkan pegawai yang berkaliber daripada kalangan pegawai-pegawai muda PALAPES (L) di dalam aspek-aspek mengurus, mentadbir dan mengelolakan satu aktiviti perkhemahan tersebut.
b. Membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab di samping disiplin yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota.
c. Membentuk semangat kerjasama berpasukan dan sesi suaikenal di antara peserta-peserta perkhemahan ketiga-tiga universiti yang terlibat.

Pada 19 November 2007 (Isnin), semua pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) berkumpul di tapak perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Taklimat ringkas mengenai latihan dan penginapan perkhemahan diberikan oleh BM PPP (GI) Fauzi Bin Hashim supaya semua PALAPES (L) UiTM, UM dan UPM berjaga-jaga keselamatan masing-masing serta untuk memastikan kelancaran program ini. Selepas makan tengahari dan pentadbiran sendiri, Pegawai Koordinasi Latihan iaitu Lt Dya Mohd Othman bin Harun PSSTLDM mengendalikan sesi Ice Breaking supaya semua anggota PALAPES (L) dapat bersuaikenal antara satu sama lain. Mereka dibahagi kepada 10 kumpulan iaitu Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, Indian dan Julia. Di samping itu, kami perlu memikirkan persembahan kumpulan pada malam tersebut.
Kami perlu wakie-wakie (Bangun) pada 0530 H pada keesokan hari untuk acara Early Morning Activity (EMA) iaitu campus run di sekitar Hutan Lipur Lentang. Pada hari ini, kami di beritahu bahawa makanan pagi, tengahari dan malam perlu dimasak sendiri. Kami diberikan alat memasak dan makanan tentera 2 bungkus sebagai bekalan untuk menampung pemakanan sepanjang seminggu latihan FOMDEX tersebut. Pada hari tersebut kami telah menjalani aktiviti Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup dan Night Drop/Jurik Malam. Tetapi malam tersebut hujan lebat dan keadaan tidak sesuai untuk Night Drop, namun kami terpaksa juga berhujan selama 2 jam kerana tiada tempat berteduh.
Pada 21 November 2007 (Selasa) pula, kami ada 2 sesi Repelling yang diadakan pada 0830 H dan 1400 H. Sesi pertama ialah menggunakan kompas mencari petunjuk untuk mencari 10 station yang terletak di sekitar Hutan Lipur Lentang, Kami perlu menyelesaikan masalah yang terdapat dalam setiap station iaitu meneka alphabical signal flag dan menyambung pantun yang diberikan. Sesi kedua pula, kami Abseiling di puncak bukit yang dianggarkan setinggi 5 tingkat. Di situ terdapat ramai anggota PALAPES (L) seronok belajar cara memakai tali pinggang yang betul, cara turun bukit dengan tali sambil dipantau oleh jurulatih. Mungkin disebabkan tanah liat yang licin, ramai anggota PALAPES (L) tergelincir semasa turun bukit. Pada malam tersebut, kami mempunyai satu aktiviti ’self-defense’ antara para anggota PALAPES (L) dengan anggota dari Unit KD SRI KLANG, di mana anggota PALAPES (L) perlu menyediakan makanan untuk pihak juri dan menjaga keselamatan ahli kumpulan daripada serangan anggota Unit KD SRI KLANG. Di dalam aktiviti tersebut, semua anggota PALAPES (L) bekerjasama memasak makanan malam dalam masa 1 jam di samping mempertahankan keselamatan kumpulan masing-masing daripada serangan KD Sri Klang.
Pada keesokan harinya pula, kami diberi taklimat mengenai pengenalan pistol dan cara penggunaan signal pistol yang betul. Dengan itu, kami mengetahui bahawa kita perlu menghala ke atas langit pada sudut 45 darjah di samping perlu memberi perhatian kepada sebarang halangan seperti dahan pokok kerana ini mungkin akan membahayakan keselamatan diri dan akan mengakibatkan kebakaran hutan jika tidak mengambil langkah-langkah berjaga yang sepatutnya.
Secara keseluruhannya, kami sebagai anggota PALAPES (L) sangat berbangga dan bersyukur kerana sepanjang latihan perkhemahan ’FOMDEX’ ini, kami dapat menimba pengetahuan mengenai survival di hutan di samping memantapkan lagi fizikal dan mental para anggota PALAPES (L). Hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan amat bermakna dan berfaedah serta mencabar. Seperti tema latihan FOMDEX ini ’Nothing is Impossible’, kami percaya kejayaan seseorang adalah bergantung kepada keazaman dan kesungguhan masing-masing dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau amanah.
baca seterusnya...

Fasa Tahunan PUMA Laut 2007



oleh: PKK Law Cheng Hown dan PKK Mohammad Nasarizal Nazaruddin

Latihan Fasa Tahunan atau lebih dikenali sebagai Annual Continuous Trainning (ACT) merupakan satu lagi bentuk latihan yang disediakan kepada anggota-anggota Palapes Laut bagi memenuhi keperluan pentauliahan. Latihan ini diadakan pada hujung tahun dan lazimnya berlangsung selama 2 minggu. Kebiasaanya, Pegawai Kadet tahun 1 akan ditempatkan di pusat latihan tertentu sementara Pegawai Kadet Kanan tahun 2 dan 3 pula akan menjalani latihan di KD Sultan Idris I yang bertempat di Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak.

Objektif utama yang disasarkan dalam latihan ini adalah untuk memberi pendedahan secara khusus mengenai ilmu dan tugas-tugas kelautan seorang pegawai tentera laut melalui pembelajaran di dalam kelas. Undang-undang Maritim, Navigasi serta ilmu-llmu kelautan lain merupakan aspek yang diberi perhatian sepanjang kursus latihan ini berlangsung. Pada penghujung sesi pengajaran para pegawai kadet perlu menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pusat latihan dan wajib lulus untuk melayakkan mereka ditauliahkan kelak.



Di samping itu, latihan fizikal dan mental juga menjadi suatu penekanan yang diberikan sepanjang tempoh latihan tersebut. Pelbagai bentuk latihan fizikal disediakan oleh pusat latihan. Antaranya ialah larian pangkalan, latihan fartlek, latihan bebanan, kawad kaki, renang, dan sebagainya. Terdapat juga Ujian Kecergasan Asas (UKA) yang bertujuan untuk memastikan kecergasan para pegawai kadet sentiasa di tahap yang seimbang.



Selain daripada latihan fizikal dan mental, TLDM juga mementingkan cara makan yang bertertib atau bersopan. Tradisi ini diamalkan dalam TLDM sejak dari dahulu lagi. Tujuan tradisi ini adalah untuk memastikan para anggota Palapes boleh memakan secara sopan. Pegawai – pegawai yang berpangkat akan duduk di hadapan untuk memastikan para anggota Palapes memakan secara bertertib. Antara perkara – perkara yang tidak boleh dilakukan semasa makan adalah mereka tidak boleh duduk bersilang kaki, mengeluarkan bunyi semasa makan, menjatuhkan sisa – sisa makanan di atas meja (Man Over Boat) dan sebagainya. Mereka juga perlu meminta kebenaran sebelum dan selepas meninggalkan dewan makan. Begitu juga sebelum dan selepas makan. Justeru, para anggota Palapes akan terlatih untuk mengamalkan cara makan sopan dan bertertib yang secara langsung akan meningkatkan tahap disiplin mereka.

Kebersihan juga menjadi salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan harian setiap anggota TLDM. Sepanjang tempoh latihan, anggota-anggota Palapes Laut harus memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Lawatan malam ataupun pemeriksaan bilik diadakan pada pukul 8.30 malam pada setiap hari. Pegawai Latihan Bertugas (PLB) akan memeriksa dari bilik ke bilik. Selain memeriksa kebersihan bilik, PLB juga akan mengenalpasti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau kekurangan di dalam bilik yang dilaporkan oleh anggota tertentu. Inilah yang menjadi satu keunikan dan kelainan dalam TLDM.

Kesimpulannya, selain sebagai satu keperluan pentauliahan, ACT merupakan latihan yang amat penting bagi melahirkan anggota Palapes Laut yang berpengetahuan tinggi serta dari segi fizikal dan mental selaras dengan visi utama TLDM untuk menjadi tentera laut yang berkualiti. baca seterusnya...

Monday, March 3, 2008

DELEGASI PALAPES UNIVERSITI MALAYA KE INDONESIA

oleh: PRK Elias Yaakob

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN Universiti Malaya (PALAPES UM) dengan usahasama pihak pentadbiran Universiti Melaya melalui PTj PALAPES dan pegawai-pegawai sukarela telah melaksanakan Lawatan Kerja Akademik dan Ketenteraan ke Indonesia. Lawatan tersebut diadakan selama enam hari iaitu mulai 26 Disember hingga 31 Disember 2007.

Para peserta delegasi ini adalah terdiri daripada 51 orang termasuklah ayahanda TNC HEP selaku ketua delegasi, Timbalan Komandan, ketua jurulatih, pegawai-pegawai tetap, pegawai-pegawai sukarela, dan pegawai kadet daripada PALAPES DARAT dan LAUT UM. Misi terpenting yang ingin dicapai melalui projek ini adalah untuk memberi pendedahan baru kepada mahasiswa/i yang diwakili oleh pegawai kadet seramai 10 orang dengan budaya dan suasana Indonesia dan seterusnya dapat bertukar-tukar pendapat dan pemikiran berkaitan dengan hal-hal global melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan bertepatan dengan temanya iaitu ‘Mahasiswa Glokal Pemangkin Modal Insan Global’.

Lawatan ini juga selaras dengan misi unversiti untuk mengantarabangsakan segala aspek pengetahuan mahupun daya pemikiran para mahasiswa. Segala pengalaman dan pengajaran daripada lawatan ini akan disampaikan dan dikongsikan bersama dengan pegawai kadet-pegawai kadet yang lain.

Segala persiapan awal sebelum keberangkatan pergi rombongan telah diselenggarakan bermula 23 Disember 2007 bagi memastikan perjalanan dari markas sehingga selamat tiba di Indonesia berjalan dengan baik.

*penulis adalah Pegawai Rendah Kanan PALAPES Darat Universiti Malaya.
baca seterusnya...

Monday, January 21, 2008

DASAR PERTAHANAN NEGARA DAN PATRIOTISME

DASAR PERTAHANAN NEGARA DAN PATRIOTISME
Date: Monday, October 03 @ 13:06:44
MYTTopic: ARTIKEL/RENCANA

OLEH CIK SITI AZIZAH ABOD

Kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah negara perlu dikekalkan sepanjang masa dalam apa keadaan sekalipun. Tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini daripada sebarang bentuk ancaman dan serangan luar adalah terletak di bahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Namun demikian, kemampuan ATM dalam mempertahankan negara ini akan lebih mantap dengan sokongan dan semangat patriotisme semua lapisan rakyat. Kesanggupan rakyat berkorban bagi membela negara secara langsung atau tidak langsung adalah manifestasi sifat patriotik rakyat dan merupakan aset penting dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

ASAS – ASAS UTAMA DASAR PERTAHANAN NEGARA

2. Objektif Dasar Pertahanan Negara (DPN) adalah untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini serta melindungi kepentingan strategiknya. Di atas asas utama DPN ialah konsep berdikari (self – reliance) dan pertahanan menyeluruh (total defence).

3. Malaysia sedar erti berdikari yang sebenar agak sukar direalisasikan, dari itu pendekatan yang diambil adalah secara pragmatik. Ke arah ini bagi memastikan prinsip tersebut dapat dicapai, Kerajaan telah merangka perancangan yang berterusan bagi membangunkan keupayaan ATM sebagai satu pasukan tentera yang mantap dan disegani. Ini termasuk usaha membangunkan industri pertahanan negara bagi mengurangkan pergantungan kepada bekalan luar.4. Asas konsep berdikari membawa maksud kemampuan ATM dalam menghadapi sebarang ancaman yang mengganggu – gugat keselamatan dalam negeri. Ini termasuklah menangani ancaman dari dalam sepertimana ATM menghadapi ancaman pengganas komunis dan kegiatan puak pelampau seperti Kumpulan Al – Maunah. Dengan sokongan dari industri pertahanan tempatan dan bekalan logistik yang wujud, ATM yakin dapat menangani ancaman di peringkat rendah dan pertengahan menerusi tindak balas operasi darat, laut dan udara. Bagaimanapun, bagi konflik atau ancaman melebihi kedua – dua peringkat tersebut, negara memerlukan bantuan luar. Usaha diplomasi dan memohon komitmen Peraturan Pertahanan Lima Negara akan terpaksa dituntut.

5. Bagi melengkapi konsep berdikari dalam pertahanan, DPN menekankan kepada konsep pertahanan menyeluruh. Falsafah konsep ini menganjurkan bahawa beban tugas mempertahankan negara tidak semata – mata terletak di bahu angkatan tentera malahan ianya merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua lapisan rakyat, agensi – agensi kerajaan dan badan – badan bukan kerajaan serta swasta.

6. Pertahanan menyeluruh merangkumi unsur – unsur ketahanan psikologi, kesepaduan sosial, kesiapsediaan awam, ketahanan ekonomi dan kesiapsiagaan ketenteraan. Ketahanan psikologi mencakupi kekuatan mental yang ditunjukkan melalui kesediaan memberi komitmen dan keyakinan yang padu dalam mendokong kedaulatan negara serta kesediaan mempertahankan negara. Untuk membina bangsa Malaysia yang memiliki ketahanan psikologi, sifat – sifat seperti cintakan negara, kesanggupan berkorban, tidak mudah terpengaruh dengan dakyah musuh, jasmani yang cergas dan berdisiplin perlulah dipupuk di kalangan masyarakat.

7. Kesiapsiagaan ketenteraan diperlengkapkan menerusi pertahanan menyeluruh dalam memperkasakan pertahanan negara dan keselamatan daripada sebarang ancaman. Ini termasuk menjaga harta benda, nyawa dan mengekalkan keamanan negara. Hal ini melibatkan usaha bersepadu pasukan keselamatan menerusi program – program pembangunan sosial ekonomi dan aktiviti perang saraf.

8. Pertahanan menyeluruh juga memerlukan kesepaduan sosial di mana masyarakat hidup bersatu padu dan harmoni tanpa mengira perbezaan status kaum, agama, budaya dan negeri. Usaha memupuk nilai – nilai murni seperti amalan sikap penyayang, bertoleransi dan saling membantu, permuafakatan dan kerjasama di kalangan masyarakat sentiasa dilakukan dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbagai lapisan.

9. Kesiapsediaan awam merupakan komponen pertahanan menyeluruh yang membawa erti kesediaan agensi – agensi awam, pihak swasta, pertubuhan sukarela dan orang awam dalam menyediakan kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda mereka dari bencana peperangan. Mereka hendaklah melibatkan diri dalam usaha – usaha pembekalan kemudahan asas yang berterusan di dalam keadaan bencana, darurat dan peperangan.

10. Untuk mencapai matlamat kesediaan awam ini, kerajaan sentiasa menggalakkan penglibatan badan – badan bukan kerajaan dan pertubuhan awam serta sukarela dalam kegiatan – kegiatan kemasyarakatan seperti usaha menyelamat, pengagihan bekalan dan bantuan kecemasan. Kesediaan awam yang mantap penting dalam peperangan, bencana dan darurat. Kesediaan awam merupakan satu perkongsian tanggungjawab dan beban antara awam dan tentera. Ini akan memudahkan pasukan keselamatan menumpukan tugas mereka kepada menghadapi musuh negara.

11. Konsep pertahanan menyeluruh melibatkan usaha dan tindakan bersepadu serta komitmen orang awam, badan – badan bukan kerajaan, swasta dan agensi – agensi kerajaan dalam mempertahankan negara. Ini penting kerana aset dan kemudahan awam seperti landasan kapal terbang, lebuh raya, jambatan, tempat letak kereta di bawah bangunan dan sebagainya amat berguna semasa peperangan. Semasa krisis, koordinasi yang mantap di antara kerajaan dan badan bukan kerajaan serta sektor swasta amat diperlukan. Sesungguhnya asas – asas berdikari dan pertahanan menyeluruh telah menerapkan elemen – elemen patriotisme di kalangan anggota tentera dan awam. Sedar atau tidak, setiap warganegara yang terlibat dalam asas – asas pertahanan menyeluruh telah ditanam semangat patriotisme.

SEMANGAT PATRIOTISME DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA

12. Manifestasi yang jelas untuk menggambarkan semangat patriotisme ialah dengan menyertai AngkatanTentera Malaysia. Anggota – anggota ATM merupakan warganegara yang telah menzahirkan semangat patriotisme dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara pada setiap masa. Pada masa ini ATM mempunyai 95,000 anggota tetap dan dari jumlah ini sebanyak 85.5 peratus adalah kaum Melayu manakala 5.16 peratus adalah dari kaum Iban. Selebihnya pula ialah 2.04 peratus dari kaum India, Cina 0.54 peratus dan 6.76 peratus dari keturunan lain.

13. ATM telah melahirkan ratusan ribu tentera terlatih dan mereka ini kekal berada pada tahap patriotisme yang paling tinggi. Sama ada mereka telah bersara atau tidak, namun kedudukan mereka dalam masyarakat dan di negara ini turut menyumbang kepada semangat patriotisme. Ini boleh diperlihatkan menerusi perawakan atau penampilan diri mereka yang boleh dijadikan contoh kepada ahli masyarakat yang lain. Mereka juga mempunyai kebolehan tersendrii dalam bidang masing – masing dan ini adalah aset negara dalam mencurahkan semangat patriotisme.

14. Semangat patriotisme kekal dan berterusan di kalangan anggota ATM yang telah bersara. Mereka yang bersara dalam umur yang muda telah melibatkan diri dalam berbagai sektor ekonomi dan sosial sebagai rakyat biasa. Setiap tahun purata seramai 5000 anggota tentera bersara dan mereka ini telah kembali berada dalam masyarakat. Kehadiran mereka dalam masyarakat membawa bersama tradisi dan disiplin ketenteraan serta semangat patriotisme yang boleh mempengaruhi masyarakat sekitarnya.

15. Sebenarnya setiap warganegara boleh juga memperlihatkan semangat patriotisme tanpa perlu terlibat terus dalam ATM. Mereka boleh menyertai Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT). Penyertaan dalam PSAT merupakan peluang untuk menunjukkan semangat patriotisme seseorang warganegara kepada negaranya. Ke arah ini adalah menjadi harapan Kementerian untuk menubuhkan pasukan Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen. Sehingga kini terdapat lebih 51,000 yang menganggotai Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (sukarelawan) di mana 78 peratus adalah Melayu, 8.8 peratus Cina, 6.6 peratus India dan 6.6 peratus adalah kaum yang lain.
16. Peranan PSAT akan lebih mantap dan berkesan sekiranya pihak swasta dan badan – badan berkanun terutamanya organisasi – organisasi strategik seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Lembaga Air, Lembaga Pelabuhan, pihak berkuasa Lapangan Terbang, Syarikat Penerbangan dan Syarikat Pengangkutan yang dianggap sebagai organisasi perkhidmatan asas bersedia mewujudkan unit – unit Pasukan Simpanan khasnya di agensi – agensi mereka. Ini akan membolehkan organisasi – organisasi berkenaan beroperasi secara berdikari dan ruang bagi pegawai dan kakitangan untuk mengikut latihan PSAT hendaklah diberikan oleh majikan organisasi strategik dan lain – lain pihak swasta. Dengan sokongan sebeginilah usaha menanam semangat patriotik dapat diperkemaskan dan diperkembangkan.

17. Bagi kalangan remaja mereka boleh menunjukkan semangat patriotisme dengan menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi. Manakala itu di peringkat sekolah mereka boleh menyertai pasukan Kadet Tentera. Kesediaan remaja memaparkan semangat patriotisme menerusi penyertaan dalam PALAPES dan Kadet Tentera ini merupakan harapan dan peluang terbaik dalam proses menerapkan semangat patriotisme bagi jangka masa panjang dan sentiasa berkembang. Dalam tahun 2002 ini bilangan pelajar Melayu yang menganggotai PALAPES ialah seramai 856 orang (93.4%), Cina 27 orang (3%), India 3 orang (0.3%) dan Iban 30 orang (3.3%). Adalah besar kemungkinan peratusan yang sama bagi dalam Kadet Tentera.

18. Berdasarkan perangkaan di atas jelaslah penyertaan warganegara dalam pasukan ATM dan pasukan sukarelawan didominasi oleh satu kaum sahaja manakala penyertaan dari kaum lain kurang menggalakkan. Ini seolah – olah menunjukkan bahawa tugas mempertahankan negara terletak di bahu satu kaum sahaja. Kurangnya bilangan kaum Cina dan India menganggotai ATM ini tidak bermakna mereka tidak patriotik kepada negara tetapi mereka lebih cenderung untuk memilih sektor – sektor lain terutamanya sektor ekomoni dan perniagaan yang menjanjikan keuntungan dan peluang kerjaya yang lebih baik.

PROGRAM ATM YANG MENYUMBANG KE ARAH PATRIOTISME

19. ATM telah melaksanakan berbagai program untuk mendedahkan peranan mereka dan memberi kesedaran akan pentingnya perkhidmatan ATM dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara. Hubungan yang harmonis atau jalinan silaturahim antara ATM dengan rakyat penting dalam memacu semangat patriotik dan seterusnya memberi sokongan kepada ATM semasa aman dan perang. Program Tentera Bersama Rakyat umpamanya, berbagai aktiviti – aktiviti bercorak bantuan kemanusiaan, keagamaan, bimbingan dan khidmat kaunseling pelajaran dan kerjaya tentera, program anak angkat dan khidmat kesihatan telah dilaksanakan. Nilai – nilai murni seperti disiplin, kerjasama dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh anggota tentera semasa aktiviti – aktiviti ini diadakan telah secara langsung membangkitkan nilai – nilai patriotisme dalam masyarakat.

20. Kerajaan menerima hakikat pengorbanan anggota ATM yang tidak ternilai harganya kerana sanggup berkorban dan bergadai nyawa demi menjaga kedaulatan dan kestabilan negara. Bagi mengenang jasa dan pengorbanan ATM, pelbagai aktiviti sempena Hari Pahlawan dan Pelancaran Tabung Rayuan Hari Pahlawan diadakan di seluruh negara. Aktiviti – aktiviti yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menghargai jasa anggota ATM dan menghulur derma kepada mereka yang terkorban dan tercedera sebagai tanda ingatan terhadap perjuangan mereka. Sokongan amat menggalakkan yang diberikan oleh rakyat Malaysia telah meningkatkan kesedaran dan menanamkan semangat patriotik di kalangan generasi muda. Sambutan Hari Pahlawan dan sambutan Hari Perkhidmatan ATM yang lain dengan siaran lagu – lagu patriotik dan pengisahan pengorbanan perajurit oleh media massa dan media elektronik telah menyemarakkan semangat cintakan negara.

PENUTUP

21. Pewujudan satu masyarakat Malaysia yang tahan lasak, berkeyakinan, berdisiplin dan berani menghargai pengorbanan merupakan ciri – ciri asas pembentukan masyarakat patriotik. Dasar Pertahanan Negara telah menggariskan ciri – ciri ini untuk setiap warganegara yang terlibat atau melibatkan diri menghayati nilai – nilai patriotisme yang telah diterapkan. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa maka tanggungjawab mempertahankan negara sepatutnya tidak terletak di bahu satu kaum sahaja. Semangat patriotik perlu dihayati oleh semua kaum dan ini adalah teras kepada pertahanan negara yang kental dan mantap. Kepentingan peribadi perlu diseimbangkan dengan semangat patriotisme dan kesanggupan berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Penulis merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan Malaysia baca seterusnya...

Dasar Penubuhan PALAPES

PALAPES merupakan singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Program latihan yang diberi kepada mahasiswa-mahasiswi, selain daripada melengkapkan mereka sebagai pegawai simpanan ATM, juga membantu IPTA khasnya dan negara amnya dalam membentuk warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri ketahanan nasional. PALAPES melatih setiap pengambilan pegawai kadet dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; latihan biasa diadakan pada setiap hujung minggu.

Selain daripada itu diadakan juga latihan lanjutan dan latihan intensif yang diadakan setahun sekali selama 3 minggu sepenuh masa. Keseluruhan latihan PALAPES adalah digiatkan ke arah memperlengkapkan pegawai-pegawai kadet dengan ilmu ketenteraan yang cukup meyakinkan mereka apabila negara memerlukan mereka kelak. Keseluruhan disiplin tentera yang diamalkan bertujuan menjadikan mereka sebagai mahasiswa yang berdisiplin dan GAGAH SETIA.

PALAPES adalah sebuah unit latihan dibawah perintah Markas Latihan Tentera Darat dan ditubuhkan untuk tujuan melatih pegawai-pegawai simpanan Tentera Darat (Rejimen Askar Wataniah) sahaja. Kini PALAPES Tentera Laut dan Tentera Udara telah ditubuhkan dan ianya mengikut corak PALAPES Tentera Darat dan adalah dibawah perintah Markas Latihan cawangan masing-masing.

Tujuan PALAPES ditubuhkan adalah untuk memberi kerjaya kepada mahasiswa yang telah lulus dari institusi berkenaan, sama ada bertugas sebagai pegawai jangka pendek dalam ATM ataupun di dalam Pasukan Simpanan. PALAPES juga bertindak sebagai perintis untuk mewujudkan satu barisan pegawai-pegawai yang mana tenaga mereka boleh mengembelengkan tenaga apabila negara memerlukan perkhidmatan mereka kelak.

Dengan itu penubuhan PALAPES di semua IPTA adalah berasaskan kepada (Mesyuarat Lembaga Penasihat PALAPES 1/96, Dewan Senat UUM, 12 Jun 1996):

(a) Kesedaran dan kepercayaan bahawa IPTA dalam negara ini mempunyai potensi besar menyediakan sumber tenaga manusia yang berkelayakan akademik tinggi dan boleh memberi sumbangan besar terhadap keperluan pertahanan negara.

(b) Kepercayaan bahawa berasaskan kelulusan akademik yang sedia ada pada mereka, mahasiswa ini boleh dijadikan pegawai simpanan yang dinamik serta berdedikasi jika diberi bimbingan serta latihan ketenteraan yang sesuai.

Objektif PALAPES seperti yang dipersetujui ialah:

(a) melatih pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja

(b) menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk Angkatan Simpanan dan Angkatan Tetap

(c) menyiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional. baca seterusnya...