Sunday, March 23, 2008

Hari BAKAT PUMA

Kompleks PALAPES Universiti Malaya. 23 Mac 2008 (Ahad). Badan Kebajikan Angkatan Tentera PALAPES Universiti Malaya (BAKAT PUMA) telah mengadakan mesyuarat tahunan pada hari ini bertempat di bilik kuliah Intermediate (Siri 28). Bersidang selama 2 jam dari 0830 H hingga 1030 H bertujuan untuk melantik ahli jawatankuasa baru BAKAT PALAPES Universiti Malaya.



Ahli jawatankuasa BAKAT PUMA 2008 bergambar kenangan di hadapan bangunan pentadbiran PALAPES Universiti Malaya seusai mesyuarat tersebut.

Aktiviti lain pada hari BAKAT PUMA ialah sukaneka yang melibatkan para isteri dan anak staf PALAPES Universiti Malaya. Antara aktiviti sukaneka yang dipertandingkan ialah menganyam ketupat daun kelapa, boling buah kelapa, memancing botol, isi air dalam botol, berebut kerusi, cari duit dalam tepung.

Pegawai kadet senior terlibat secara langsung sebagai ajk pelaksana sukaneka dan semua pekerjaan fitik memandangkan latihan pada kali ini tidak melibatkan peringkat junior dan Intermediate. Bahkan ini adalah pengalaman pertama pegawai kadet senior terlibat dalam aktiviti BAKAT PUMA selama tiga tahun ini.

Semoga BAKAT PUMA terus cemerlang menganjurkan aktiviti dan menjaga kebajikan ahlinya pada masa hadapan.


Antara gambar2 menarik sukaneka:


anyam kak jangan tak anyam...nyam...nyam...nyam...



buat macam ummi ajar semalam ye...



apa la abang ni bubuh duit dalam tepung gandum, kalau tepung jagung kan best...ihiks



ye ke ni makin jauh makin sayang...kalau jauh macam mana nak sayang..uhuu



kalau main kat rumah kan best...takyah nak rebut-rebut, tak gitu ye bang?


baca seterusnya...

Saturday, March 22, 2008

Melawat sambil bertanding

Kompleks PALAPES UM. 22 Mac 2008. .Beberapa buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur telah datang melawat Kompleks PALAPES UM ambil bertanding kawat kaki di padang kawat markas. Antara sekolah yang datang ialah Sek. Keb. Kampung Baru, Sek. Keb. Bandar Tasik Selatan dan banyak lagi. Antara pasukan beruniform yang dapat dilihat pada pagi-pagi hari ini ialah pengakap, pandu puteri, puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan PBSM. baca seterusnya...

Sunday, March 16, 2008

Sukan PUMA 2008

Oleh Bukannya Saad bin Said

Sukan Pegawai Kadet bersama Staf PALAPES Universiti Malaya berlangsung selama 2 hari bermula pada 15 Mac 2008 hingga 16 Mac 2008. Antara aktiviti yang dipertandingkan (yang diadakan di kolej kelima) ialah bola tampar, sepak takraw, bola jaring, futsal, dan merentas desa (diadakan di Kompleks).

Pasukan yang bertanding adalah terdiri dari Kompeni A (diketuai oleh PRM Ahmad Hadidin), Kompeni B (diketuai oleh PRM Haslina), Kompeni C (diketuai oleh PRM Syukri) dan Pasukan Staf (PWII Kadir @ Cik Q Kadieq). (p/s: SUO Elias tiada pada aktiviti dua hari ini kerana menyertai XPDC mendaki Gunung Stong yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu).



Berikut adalah antara aksi menarik pada hari perlawanan:




The Mastermind




Lt. Nazar menunjukkan kemahiran beliau..caiyolah tuan!




eh apa masalah dia nih?


ooooyeah...majulah sukan untuk bukan yang bukan-bukan...takbir!!!



oooo...ilek aaa...tungguuuu kejap ye...




mana bola ni...silau aaa



mantap la ko kadet sekali dapat tiga... (dalam hati: jangan la tuan kembang hidung saya..)hihihi




baca seterusnya...

Belasungkawa PRMQ

Takziah diucapkan kepada PRMQ Wan Abd. Rahman di atas pemergian bonda yang tercinta pada hari Jumaat malam sabtu lepas, 14 Mac 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah. Al-Fatihah. baca seterusnya...

MIEX '08


MILITARY EXHIBITION 2008 adalah nama lain untuk program Perkampungan Perang yang telah diubah pada sesi lepas lagi. Nama tersebut nyaris-nyaris diubah keseluruhan, yakni tidak boleh digunapakai lagi nama Perkampungan Perang kerana bunyinya ganas (ada lah yang kata, ini bukan fakta palsu). Apapun ini adalah perubahan yang baik, yakni lebih universal, kan ramai warganegara asing jadi pelajar UM sekarang.

Di bawah ialah antara aksi-aksi bukan pengganas sepanjang program tersebut berlangsung:

Depan pintu masuk Perkampungan Survivor bersama PKK Shahid Mukhlis


Geng Penggali kubu M16 dan GPMG - PBT Sudan and friends


Ujang sedang meramalkan keadaan cuaca pada masa yang sama mendoakan hujan turun..hihi



Beberapa orang lagi makhluk yang Smoke berry


Sarjan Asrul buat-buat sibuk


Malam Dayasari - dalam pertandingan makan limau mandarin paling pantas habis - SUO dah siap kopek dulu sebelum mula

baca seterusnya...

Pembukaan Latihan PALAPES UM

Pembukaan latihan PALAPES UM (Darat dan Laut)telah diadakan pada 24 Februari 2008 bertempat di Markas PALAPES UM. Pembukaan latihan ini juga turut disertai oleh Pasukan Sukarelawan Polis Universiti Malaya (SUKSIS UM).




Perasmian Pembukaan Latihan oleh Komandan PALAPES UM






Pegawai Kadet Darat





Pegawai Kadet Laut





Sukarelawan Polis UM




Perasmian di Sirkit Merentas Halangan PALAPES UM




Halangan tembok 12 kaki




Kamate Senior Intake 27


Navy dan Suksis lawan pistol...natijahnya - Navy menjadi hantu pocong keluar Tapak Tembak..uhuhu



Antara kedai yang dibuka pada hari itu - Staf Tajul biasanya menguasai pasaran (sebab dia sorang je jual brg2 ni, buat masa ni)..aahhaa

baca seterusnya...

Tuesday, March 4, 2008

CINTA SI PENGGALI KUBU




Hamparan bumi yang kuterdampar padanya
terasa empuk menyambut aku yang tersungkur
langit biru yang kuberteduh tatkala mimpi hadir
seakan ingin runtuh kerana menangisi aku
yang mengerengkok kerana terlalu rindu
kepada bidadari syurga yang sedang menanti.

Aku tidak sabar lagi membidik kepala musuh
dan melumatkan tubuh mereka dengan peluru
atau aku dahulu yang gugur syahid
cita-cita yang tidak pernah kunjung padam
gugur sebagai pejuang di medan jihad.

Bumi yang terhampar aku terdampar
esok tanah ini akan menyelimutiku
dan perut bumi menjadi kamar bersemadi
hanya kupohon padamu ya Rabbi
Jadikanlah liangku itu sebuah taman
dari taman-taman syurgaMu
hanya engkaulah aku mengharap
tiada lain yang kusembah
melainkan hanya Engkau ya Rabb.

Langit bumbung yang kuberteduh
tapi matahari tetap membakar
awan tetap menggugurkan kandungan
tatkala langit bersedih
meratapi nasib bumi yang tandus
aku yang terdampar dalam kubu pertahanan
kuyup basah bermandi hujan
dengan pakaian seorang pejuang
dan di tangan bukan lagi sebilah pedang
tapi senjata moden yang canggih
yang aku genggam sepanjang masa
dalam lena dan jaga.

Oh bumi yang terhampar aku terdampar
kubina sebuah kubu pertahanan dari musuh
yang bakal menyerang bila-bila masa
sesungguhnya aku sangat mencintai agamaku
aku sangat sayang negaraku ini
walaupun aku tahu bahawa
masih ada beratus-ratus
malah mungkin beribu-ribu Sang Rajunatapa
yang bersedia membuka pintu kota
menderhaka!


HASMORA MASNURI
Ex-Wira Penggempur PALAPES UM, Felda Sg. Tengi. baca seterusnya...

Ex-Wira Penggempur Felda Sg. Tengi 2007



Oleh:PKSJN Hasbullah Haji Mohamed


Latihan tahunan Palapes Darat Universiti Malaya telah bermula pada 2 Disember dan berakhir pada 16 disember 2007. Latihan tahunan pada kali ini telah diadakan di Kuala Kubu Baru dan Markas Taktikal adalah di Taska Felda Sg. Tengi Selatan.

Latihan pada kali ini dinamakan sebagai Ex-Wira Penggempur. Sesuai dengan nama tersebut, latihan tahunan pada kali ini memang mempunyai kelainan dan cabarannya tersendiri. Cabaran paling getir dihadapi oleh peringkat senior semasa fasa medan terakhir; serangan.

Latihan tahunan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa kem dan fasa medan. Pada peringkat fasa kem iaitu pada 2 hingga 7 Disember 2007, pegawai kadet peringkat dua dan tiga menghadapi ujian yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Antara tempat yang digunakan untuk pelaksanaan ujian ialah ladang ternakan lembu untuk ujian LTTA dan bukit di belakang Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi untuk ujian membaca peta. Ujian kawad dan ujian bertulis diadakan di Markas Palapes Universiti Malaya.



Ujian yang harus dihadapi oleh pegawai kadet intermediate dan senior terbahagi kepada empat. Antara perkara yang diuji ialah kawad (memberi hukuman kepada skuad dan kelakuan sendiri), ujian senjata (mengendalikan, membuka dan memasang senjata GPMG, LMG, M-16 dan Mortar), Latihan Taktikal tanpa anggota (LTTA), dan ujian objektif (senjata dan taktik).

Pada fasa medan pula peringkat 3 bermula dengan fasa pertahanan manakala intermediate melaksanakan fasa mara. Cabaran kali ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal jauh lebih tinggi berbanding latihan tahunan lepas. Berbeza semasa peringkat dua dahulu yang hanya dipantau dan ditegur oleh jurulatih sahaja. Kali ini penguji akan bertanya apa sahaja yang pegawai kadet senior lakukan dan semua perkara diteliti. Oleh yang demikian setiap pegawai kadet senior mesti bersedia menghadapi ujian yang bakal tiba.



Latihan senior amat dititikberatkan kerana melalui latihan inilah pegawai kadet senior akan dinilai sejahmana kesediaan mereka dalam menjadi seorang pegawai yang mempunyai persediaan mental dan fizikial yang mantap. Jarak perjalanan dari peringkat satu hingga peringkat tiga bukanlah seperti yang dijangkakan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku telah berlaku. Pertukaran jurulatih demi jurulatih sedikit sebanyak mempengaruhi moral pegawai kadet, tidak kira sama ada jurulatih peringkat sendiri ataupun jurulatih peringkat lain.



Seperti juga jarak perjalanan yang ditempuhi oleh pegawai kadet dalam misi mara untuk memusnahkan musuh di petak peta yang telah ditentukan oleh ketua kompeni ataupun keputusan mengundurkan pasukan dari kawasan pertahanan. Jarak yang tidak dekat malah harus menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam perjalanan. Namun semua itu sebenarnya hanyalah dihujung kuku sahaja jika hendak dibandingkan dengan latihan anggota tetap. Walaubagaimanapun, latihan tahunan ini sudah cukup untuk memanifestasikan segala pelajaran yang terkatup dalam kuliah setiap kali latihan tahunan. baca seterusnya...

Laporan Latihan Perkhemahan FOMDEX Nov 2007



Oleh: PKK Leong Chu Yoke dan PKK Syuhada bt Nazri

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Program Latihan Perkhemahan ‘Fitness Organizational and Mental Development Exercise’ (FOMDEX) yang dikoordinasikan oleh unit KD Sri Klang di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 19 hingga 24 November 2007. Terdapat seramai 375 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) yang terlibat dalam latihan tersebut.

Objektif utama latihan FOMDEX ini adalah untuk:

a. Menguji dan melahirkan pegawai yang berkaliber daripada kalangan pegawai-pegawai muda PALAPES (L) di dalam aspek-aspek mengurus, mentadbir dan mengelolakan satu aktiviti perkhemahan tersebut.

b. Membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab di samping disiplin yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota.

c. Membentuk semangat kerjasama berpasukan dan sesi suaikenal di antara peserta-peserta perkhemahan ketiga-tiga universiti yang terlibat.

Pada 19 November 2007 (Isnin), semua pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) berkumpul di tapak perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Taklimat ringkas mengenai latihan dan penginapan perkhemahan diberikan oleh BM PPP (GI) Fauzi Bin Hashim supaya semua PALAPES (L) UiTM, UM dan UPM berjaga-jaga keselamatan masing-masing serta untuk memastikan kelancaran program ini. Selepas makan tengahari dan pentadbiran sendiri, Pegawai Koordinasi Latihan iaitu Lt Dya Mohd Othman bin Harun PSSTLDM mengendalikan sesi Ice Breaking supaya semua anggota PALAPES (L) dapat bersuaikenal antara satu sama lain. Mereka dibahagi kepada 10 kumpulan iaitu Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, Indian dan Julia. Di samping itu, kami perlu memikirkan persembahan kumpulan pada malam tersebut.

Kami perlu wakie-wakie (Bangun) pada 0530 H pada keesokan hari untuk acara Early Morning Activity (EMA) iaitu campus run di sekitar Hutan Lipur Lentang. Pada hari ini, kami di beritahu bahawa makanan pagi, tengahari dan malam perlu dimasak sendiri. Kami diberikan alat memasak dan makanan tentera 2 bungkus sebagai bekalan untuk menampung pemakanan sepanjang seminggu latihan FOMDEX tersebut. Pada hari tersebut kami telah menjalani aktiviti Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup dan Night Drop/Jurik Malam. Tetapi malam tersebut hujan lebat dan keadaan tidak sesuai untuk Night Drop, namun kami terpaksa juga berhujan selama 2 jam kerana tiada tempat berteduh.



Pada 21 November 2007 (Selasa) pula, kami ada 2 sesi Repelling yang diadakan pada 0830 H dan 1400 H. Sesi pertama ialah menggunakan kompas mencari petunjuk untuk mencari 10 station yang terletak di sekitar Hutan Lipur Lentang, Kami perlu menyelesaikan masalah yang terdapat dalam setiap station iaitu meneka alphabical signal flag dan menyambung pantun yang diberikan. Sesi kedua pula, kami Abseiling di puncak bukit yang dianggarkan setinggi 5 tingkat. Di situ terdapat ramai anggota PALAPES (L) seronok belajar cara memakai tali pinggang yang betul, cara turun bukit dengan tali sambil dipantau oleh jurulatih. Mungkin disebabkan tanah liat yang licin, ramai anggota PALAPES (L) tergelincir semasa turun bukit. Pada malam tersebut, kami mempunyai satu aktiviti ’self-defense’ antara para anggota PALAPES (L) dengan anggota dari Unit KD SRI KLANG, di mana anggota PALAPES (L) perlu menyediakan makanan untuk pihak juri dan menjaga keselamatan ahli kumpulan daripada serangan anggota Unit KD SRI KLANG. Di dalam aktiviti tersebut, semua anggota PALAPES (L) bekerjasama memasak makanan malam dalam masa 1 jam di samping mempertahankan keselamatan kumpulan masing-masing daripada serangan KD Sri Klang.

Pada keesokan harinya pula, kami diberi taklimat mengenai pengenalan pistol dan cara penggunaan signal pistol yang betul. Dengan itu, kami mengetahui bahawa kita perlu menghala ke atas langit pada sudut 45 darjah di samping perlu memberi perhatian kepada sebarang halangan seperti dahan pokok kerana ini mungkin akan membahayakan keselamatan diri dan akan mengakibatkan kebakaran hutan jika tidak mengambil langkah-langkah berjaga yang sepatutnya.

Secara keseluruhannya, kami sebagai anggota PALAPES (L) sangat berbangga dan bersyukur kerana sepanjang latihan perkhemahan ’FOMDEX’ ini, kami dapat menimba pengetahuan mengenai survival di hutan di samping memantapkan lagi fizikal dan mental para anggota PALAPES (L). Hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan amat bermakna dan berfaedah serta mencabar. Seperti tema latihan FOMDEX ini ’Nothing is Impossible’, kami percaya kejayaan seseorang adalah bergantung kepada keazaman dan kesungguhan masing-masing dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau amanah. baca seterusnya...
Oleh: PKK Leong Chu Yoke dan PKK Syuhada bt Nazri

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Program Latihan Perkhemahan ‘Fitness Organizational and Mental Development Exercise’ (FOMDEX) yang dikoordinasikan oleh unit KD Sri Klang di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 19 hingga 24 November 2007. Terdapat seramai 375 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) yang terlibat dalam latihan tersebut.




Objektif utama latihan FOMDEX ini adalah untuk:
a. Menguji dan melahirkan pegawai yang berkaliber daripada kalangan pegawai-pegawai muda PALAPES (L) di dalam aspek-aspek mengurus, mentadbir dan mengelolakan satu aktiviti perkhemahan tersebut.
b. Membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab di samping disiplin yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota.
c. Membentuk semangat kerjasama berpasukan dan sesi suaikenal di antara peserta-peserta perkhemahan ketiga-tiga universiti yang terlibat.

Pada 19 November 2007 (Isnin), semua pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) berkumpul di tapak perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Taklimat ringkas mengenai latihan dan penginapan perkhemahan diberikan oleh BM PPP (GI) Fauzi Bin Hashim supaya semua PALAPES (L) UiTM, UM dan UPM berjaga-jaga keselamatan masing-masing serta untuk memastikan kelancaran program ini. Selepas makan tengahari dan pentadbiran sendiri, Pegawai Koordinasi Latihan iaitu Lt Dya Mohd Othman bin Harun PSSTLDM mengendalikan sesi Ice Breaking supaya semua anggota PALAPES (L) dapat bersuaikenal antara satu sama lain. Mereka dibahagi kepada 10 kumpulan iaitu Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, Indian dan Julia. Di samping itu, kami perlu memikirkan persembahan kumpulan pada malam tersebut.
Kami perlu wakie-wakie (Bangun) pada 0530 H pada keesokan hari untuk acara Early Morning Activity (EMA) iaitu campus run di sekitar Hutan Lipur Lentang. Pada hari ini, kami di beritahu bahawa makanan pagi, tengahari dan malam perlu dimasak sendiri. Kami diberikan alat memasak dan makanan tentera 2 bungkus sebagai bekalan untuk menampung pemakanan sepanjang seminggu latihan FOMDEX tersebut. Pada hari tersebut kami telah menjalani aktiviti Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup dan Night Drop/Jurik Malam. Tetapi malam tersebut hujan lebat dan keadaan tidak sesuai untuk Night Drop, namun kami terpaksa juga berhujan selama 2 jam kerana tiada tempat berteduh.
Pada 21 November 2007 (Selasa) pula, kami ada 2 sesi Repelling yang diadakan pada 0830 H dan 1400 H. Sesi pertama ialah menggunakan kompas mencari petunjuk untuk mencari 10 station yang terletak di sekitar Hutan Lipur Lentang, Kami perlu menyelesaikan masalah yang terdapat dalam setiap station iaitu meneka alphabical signal flag dan menyambung pantun yang diberikan. Sesi kedua pula, kami Abseiling di puncak bukit yang dianggarkan setinggi 5 tingkat. Di situ terdapat ramai anggota PALAPES (L) seronok belajar cara memakai tali pinggang yang betul, cara turun bukit dengan tali sambil dipantau oleh jurulatih. Mungkin disebabkan tanah liat yang licin, ramai anggota PALAPES (L) tergelincir semasa turun bukit. Pada malam tersebut, kami mempunyai satu aktiviti ’self-defense’ antara para anggota PALAPES (L) dengan anggota dari Unit KD SRI KLANG, di mana anggota PALAPES (L) perlu menyediakan makanan untuk pihak juri dan menjaga keselamatan ahli kumpulan daripada serangan anggota Unit KD SRI KLANG. Di dalam aktiviti tersebut, semua anggota PALAPES (L) bekerjasama memasak makanan malam dalam masa 1 jam di samping mempertahankan keselamatan kumpulan masing-masing daripada serangan KD Sri Klang.
Pada keesokan harinya pula, kami diberi taklimat mengenai pengenalan pistol dan cara penggunaan signal pistol yang betul. Dengan itu, kami mengetahui bahawa kita perlu menghala ke atas langit pada sudut 45 darjah di samping perlu memberi perhatian kepada sebarang halangan seperti dahan pokok kerana ini mungkin akan membahayakan keselamatan diri dan akan mengakibatkan kebakaran hutan jika tidak mengambil langkah-langkah berjaga yang sepatutnya.
Secara keseluruhannya, kami sebagai anggota PALAPES (L) sangat berbangga dan bersyukur kerana sepanjang latihan perkhemahan ’FOMDEX’ ini, kami dapat menimba pengetahuan mengenai survival di hutan di samping memantapkan lagi fizikal dan mental para anggota PALAPES (L). Hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan amat bermakna dan berfaedah serta mencabar. Seperti tema latihan FOMDEX ini ’Nothing is Impossible’, kami percaya kejayaan seseorang adalah bergantung kepada keazaman dan kesungguhan masing-masing dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau amanah.
baca seterusnya...

Fasa Tahunan PUMA Laut 2007



oleh: PKK Law Cheng Hown dan PKK Mohammad Nasarizal Nazaruddin

Latihan Fasa Tahunan atau lebih dikenali sebagai Annual Continuous Trainning (ACT) merupakan satu lagi bentuk latihan yang disediakan kepada anggota-anggota Palapes Laut bagi memenuhi keperluan pentauliahan. Latihan ini diadakan pada hujung tahun dan lazimnya berlangsung selama 2 minggu. Kebiasaanya, Pegawai Kadet tahun 1 akan ditempatkan di pusat latihan tertentu sementara Pegawai Kadet Kanan tahun 2 dan 3 pula akan menjalani latihan di KD Sultan Idris I yang bertempat di Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak.

Objektif utama yang disasarkan dalam latihan ini adalah untuk memberi pendedahan secara khusus mengenai ilmu dan tugas-tugas kelautan seorang pegawai tentera laut melalui pembelajaran di dalam kelas. Undang-undang Maritim, Navigasi serta ilmu-llmu kelautan lain merupakan aspek yang diberi perhatian sepanjang kursus latihan ini berlangsung. Pada penghujung sesi pengajaran para pegawai kadet perlu menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pusat latihan dan wajib lulus untuk melayakkan mereka ditauliahkan kelak.



Di samping itu, latihan fizikal dan mental juga menjadi suatu penekanan yang diberikan sepanjang tempoh latihan tersebut. Pelbagai bentuk latihan fizikal disediakan oleh pusat latihan. Antaranya ialah larian pangkalan, latihan fartlek, latihan bebanan, kawad kaki, renang, dan sebagainya. Terdapat juga Ujian Kecergasan Asas (UKA) yang bertujuan untuk memastikan kecergasan para pegawai kadet sentiasa di tahap yang seimbang.



Selain daripada latihan fizikal dan mental, TLDM juga mementingkan cara makan yang bertertib atau bersopan. Tradisi ini diamalkan dalam TLDM sejak dari dahulu lagi. Tujuan tradisi ini adalah untuk memastikan para anggota Palapes boleh memakan secara sopan. Pegawai – pegawai yang berpangkat akan duduk di hadapan untuk memastikan para anggota Palapes memakan secara bertertib. Antara perkara – perkara yang tidak boleh dilakukan semasa makan adalah mereka tidak boleh duduk bersilang kaki, mengeluarkan bunyi semasa makan, menjatuhkan sisa – sisa makanan di atas meja (Man Over Boat) dan sebagainya. Mereka juga perlu meminta kebenaran sebelum dan selepas meninggalkan dewan makan. Begitu juga sebelum dan selepas makan. Justeru, para anggota Palapes akan terlatih untuk mengamalkan cara makan sopan dan bertertib yang secara langsung akan meningkatkan tahap disiplin mereka.

Kebersihan juga menjadi salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan harian setiap anggota TLDM. Sepanjang tempoh latihan, anggota-anggota Palapes Laut harus memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Lawatan malam ataupun pemeriksaan bilik diadakan pada pukul 8.30 malam pada setiap hari. Pegawai Latihan Bertugas (PLB) akan memeriksa dari bilik ke bilik. Selain memeriksa kebersihan bilik, PLB juga akan mengenalpasti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau kekurangan di dalam bilik yang dilaporkan oleh anggota tertentu. Inilah yang menjadi satu keunikan dan kelainan dalam TLDM.

Kesimpulannya, selain sebagai satu keperluan pentauliahan, ACT merupakan latihan yang amat penting bagi melahirkan anggota Palapes Laut yang berpengetahuan tinggi serta dari segi fizikal dan mental selaras dengan visi utama TLDM untuk menjadi tentera laut yang berkualiti. baca seterusnya...

Monday, March 3, 2008

DELEGASI PALAPES UNIVERSITI MALAYA KE INDONESIA

oleh: PRK Elias Yaakob

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN Universiti Malaya (PALAPES UM) dengan usahasama pihak pentadbiran Universiti Melaya melalui PTj PALAPES dan pegawai-pegawai sukarela telah melaksanakan Lawatan Kerja Akademik dan Ketenteraan ke Indonesia. Lawatan tersebut diadakan selama enam hari iaitu mulai 26 Disember hingga 31 Disember 2007.

Para peserta delegasi ini adalah terdiri daripada 51 orang termasuklah ayahanda TNC HEP selaku ketua delegasi, Timbalan Komandan, ketua jurulatih, pegawai-pegawai tetap, pegawai-pegawai sukarela, dan pegawai kadet daripada PALAPES DARAT dan LAUT UM. Misi terpenting yang ingin dicapai melalui projek ini adalah untuk memberi pendedahan baru kepada mahasiswa/i yang diwakili oleh pegawai kadet seramai 10 orang dengan budaya dan suasana Indonesia dan seterusnya dapat bertukar-tukar pendapat dan pemikiran berkaitan dengan hal-hal global melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan bertepatan dengan temanya iaitu ‘Mahasiswa Glokal Pemangkin Modal Insan Global’.

Lawatan ini juga selaras dengan misi unversiti untuk mengantarabangsakan segala aspek pengetahuan mahupun daya pemikiran para mahasiswa. Segala pengalaman dan pengajaran daripada lawatan ini akan disampaikan dan dikongsikan bersama dengan pegawai kadet-pegawai kadet yang lain.

Segala persiapan awal sebelum keberangkatan pergi rombongan telah diselenggarakan bermula 23 Disember 2007 bagi memastikan perjalanan dari markas sehingga selamat tiba di Indonesia berjalan dengan baik.

*penulis adalah Pegawai Rendah Kanan PALAPES Darat Universiti Malaya.
baca seterusnya...