Showing posts with label Aktiviti PUMA Laut. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PUMA Laut. Show all posts

Tuesday, March 4, 2008

Laporan Latihan Perkhemahan FOMDEX Nov 2007



Oleh: PKK Leong Chu Yoke dan PKK Syuhada bt Nazri

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Laut) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalani Program Latihan Perkhemahan ‘Fitness Organizational and Mental Development Exercise’ (FOMDEX) yang dikoordinasikan oleh unit KD Sri Klang di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang Darul Makmur pada 19 hingga 24 November 2007. Terdapat seramai 375 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) yang terlibat dalam latihan tersebut.

Objektif utama latihan FOMDEX ini adalah untuk:

a. Menguji dan melahirkan pegawai yang berkaliber daripada kalangan pegawai-pegawai muda PALAPES (L) di dalam aspek-aspek mengurus, mentadbir dan mengelolakan satu aktiviti perkhemahan tersebut.

b. Membina keyakinan diri dan menanam sikap tanggungjawab di samping disiplin yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota.

c. Membentuk semangat kerjasama berpasukan dan sesi suaikenal di antara peserta-peserta perkhemahan ketiga-tiga universiti yang terlibat.

Pada 19 November 2007 (Isnin), semua pegawai, anggota tetap, PSSTLDM dan anggota PALAPES (L) berkumpul di tapak perkhemahan Hutan Lipur Lentang. Taklimat ringkas mengenai latihan dan penginapan perkhemahan diberikan oleh BM PPP (GI) Fauzi Bin Hashim supaya semua PALAPES (L) UiTM, UM dan UPM berjaga-jaga keselamatan masing-masing serta untuk memastikan kelancaran program ini. Selepas makan tengahari dan pentadbiran sendiri, Pegawai Koordinasi Latihan iaitu Lt Dya Mohd Othman bin Harun PSSTLDM mengendalikan sesi Ice Breaking supaya semua anggota PALAPES (L) dapat bersuaikenal antara satu sama lain. Mereka dibahagi kepada 10 kumpulan iaitu Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, Indian dan Julia. Di samping itu, kami perlu memikirkan persembahan kumpulan pada malam tersebut.

Kami perlu wakie-wakie (Bangun) pada 0530 H pada keesokan hari untuk acara Early Morning Activity (EMA) iaitu campus run di sekitar Hutan Lipur Lentang. Pada hari ini, kami di beritahu bahawa makanan pagi, tengahari dan malam perlu dimasak sendiri. Kami diberikan alat memasak dan makanan tentera 2 bungkus sebagai bekalan untuk menampung pemakanan sepanjang seminggu latihan FOMDEX tersebut. Pada hari tersebut kami telah menjalani aktiviti Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup dan Night Drop/Jurik Malam. Tetapi malam tersebut hujan lebat dan keadaan tidak sesuai untuk Night Drop, namun kami terpaksa juga berhujan selama 2 jam kerana tiada tempat berteduh.



Pada 21 November 2007 (Selasa) pula, kami ada 2 sesi Repelling yang diadakan pada 0830 H dan 1400 H. Sesi pertama ialah menggunakan kompas mencari petunjuk untuk mencari 10 station yang terletak di sekitar Hutan Lipur Lentang, Kami perlu menyelesaikan masalah yang terdapat dalam setiap station iaitu meneka alphabical signal flag dan menyambung pantun yang diberikan. Sesi kedua pula, kami Abseiling di puncak bukit yang dianggarkan setinggi 5 tingkat. Di situ terdapat ramai anggota PALAPES (L) seronok belajar cara memakai tali pinggang yang betul, cara turun bukit dengan tali sambil dipantau oleh jurulatih. Mungkin disebabkan tanah liat yang licin, ramai anggota PALAPES (L) tergelincir semasa turun bukit. Pada malam tersebut, kami mempunyai satu aktiviti ’self-defense’ antara para anggota PALAPES (L) dengan anggota dari Unit KD SRI KLANG, di mana anggota PALAPES (L) perlu menyediakan makanan untuk pihak juri dan menjaga keselamatan ahli kumpulan daripada serangan anggota Unit KD SRI KLANG. Di dalam aktiviti tersebut, semua anggota PALAPES (L) bekerjasama memasak makanan malam dalam masa 1 jam di samping mempertahankan keselamatan kumpulan masing-masing daripada serangan KD Sri Klang.

Pada keesokan harinya pula, kami diberi taklimat mengenai pengenalan pistol dan cara penggunaan signal pistol yang betul. Dengan itu, kami mengetahui bahawa kita perlu menghala ke atas langit pada sudut 45 darjah di samping perlu memberi perhatian kepada sebarang halangan seperti dahan pokok kerana ini mungkin akan membahayakan keselamatan diri dan akan mengakibatkan kebakaran hutan jika tidak mengambil langkah-langkah berjaga yang sepatutnya.

Secara keseluruhannya, kami sebagai anggota PALAPES (L) sangat berbangga dan bersyukur kerana sepanjang latihan perkhemahan ’FOMDEX’ ini, kami dapat menimba pengetahuan mengenai survival di hutan di samping memantapkan lagi fizikal dan mental para anggota PALAPES (L). Hal ini berlaku kerana aktiviti yang dijalankan amat bermakna dan berfaedah serta mencabar. Seperti tema latihan FOMDEX ini ’Nothing is Impossible’, kami percaya kejayaan seseorang adalah bergantung kepada keazaman dan kesungguhan masing-masing dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau amanah. baca seterusnya...

Fasa Tahunan PUMA Laut 2007



oleh: PKK Law Cheng Hown dan PKK Mohammad Nasarizal Nazaruddin

Latihan Fasa Tahunan atau lebih dikenali sebagai Annual Continuous Trainning (ACT) merupakan satu lagi bentuk latihan yang disediakan kepada anggota-anggota Palapes Laut bagi memenuhi keperluan pentauliahan. Latihan ini diadakan pada hujung tahun dan lazimnya berlangsung selama 2 minggu. Kebiasaanya, Pegawai Kadet tahun 1 akan ditempatkan di pusat latihan tertentu sementara Pegawai Kadet Kanan tahun 2 dan 3 pula akan menjalani latihan di KD Sultan Idris I yang bertempat di Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak.

Objektif utama yang disasarkan dalam latihan ini adalah untuk memberi pendedahan secara khusus mengenai ilmu dan tugas-tugas kelautan seorang pegawai tentera laut melalui pembelajaran di dalam kelas. Undang-undang Maritim, Navigasi serta ilmu-llmu kelautan lain merupakan aspek yang diberi perhatian sepanjang kursus latihan ini berlangsung. Pada penghujung sesi pengajaran para pegawai kadet perlu menduduki peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pusat latihan dan wajib lulus untuk melayakkan mereka ditauliahkan kelak.



Di samping itu, latihan fizikal dan mental juga menjadi suatu penekanan yang diberikan sepanjang tempoh latihan tersebut. Pelbagai bentuk latihan fizikal disediakan oleh pusat latihan. Antaranya ialah larian pangkalan, latihan fartlek, latihan bebanan, kawad kaki, renang, dan sebagainya. Terdapat juga Ujian Kecergasan Asas (UKA) yang bertujuan untuk memastikan kecergasan para pegawai kadet sentiasa di tahap yang seimbang.



Selain daripada latihan fizikal dan mental, TLDM juga mementingkan cara makan yang bertertib atau bersopan. Tradisi ini diamalkan dalam TLDM sejak dari dahulu lagi. Tujuan tradisi ini adalah untuk memastikan para anggota Palapes boleh memakan secara sopan. Pegawai – pegawai yang berpangkat akan duduk di hadapan untuk memastikan para anggota Palapes memakan secara bertertib. Antara perkara – perkara yang tidak boleh dilakukan semasa makan adalah mereka tidak boleh duduk bersilang kaki, mengeluarkan bunyi semasa makan, menjatuhkan sisa – sisa makanan di atas meja (Man Over Boat) dan sebagainya. Mereka juga perlu meminta kebenaran sebelum dan selepas meninggalkan dewan makan. Begitu juga sebelum dan selepas makan. Justeru, para anggota Palapes akan terlatih untuk mengamalkan cara makan sopan dan bertertib yang secara langsung akan meningkatkan tahap disiplin mereka.

Kebersihan juga menjadi salah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan harian setiap anggota TLDM. Sepanjang tempoh latihan, anggota-anggota Palapes Laut harus memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Lawatan malam ataupun pemeriksaan bilik diadakan pada pukul 8.30 malam pada setiap hari. Pegawai Latihan Bertugas (PLB) akan memeriksa dari bilik ke bilik. Selain memeriksa kebersihan bilik, PLB juga akan mengenalpasti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau kekurangan di dalam bilik yang dilaporkan oleh anggota tertentu. Inilah yang menjadi satu keunikan dan kelainan dalam TLDM.

Kesimpulannya, selain sebagai satu keperluan pentauliahan, ACT merupakan latihan yang amat penting bagi melahirkan anggota Palapes Laut yang berpengetahuan tinggi serta dari segi fizikal dan mental selaras dengan visi utama TLDM untuk menjadi tentera laut yang berkualiti. baca seterusnya...