Tuesday, March 4, 2008

Ex-Wira Penggempur Felda Sg. Tengi 2007



Oleh:PKSJN Hasbullah Haji Mohamed


Latihan tahunan Palapes Darat Universiti Malaya telah bermula pada 2 Disember dan berakhir pada 16 disember 2007. Latihan tahunan pada kali ini telah diadakan di Kuala Kubu Baru dan Markas Taktikal adalah di Taska Felda Sg. Tengi Selatan.

Latihan pada kali ini dinamakan sebagai Ex-Wira Penggempur. Sesuai dengan nama tersebut, latihan tahunan pada kali ini memang mempunyai kelainan dan cabarannya tersendiri. Cabaran paling getir dihadapi oleh peringkat senior semasa fasa medan terakhir; serangan.

Latihan tahunan terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa kem dan fasa medan. Pada peringkat fasa kem iaitu pada 2 hingga 7 Disember 2007, pegawai kadet peringkat dua dan tiga menghadapi ujian yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Antara tempat yang digunakan untuk pelaksanaan ujian ialah ladang ternakan lembu untuk ujian LTTA dan bukit di belakang Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi untuk ujian membaca peta. Ujian kawad dan ujian bertulis diadakan di Markas Palapes Universiti Malaya.



Ujian yang harus dihadapi oleh pegawai kadet intermediate dan senior terbahagi kepada empat. Antara perkara yang diuji ialah kawad (memberi hukuman kepada skuad dan kelakuan sendiri), ujian senjata (mengendalikan, membuka dan memasang senjata GPMG, LMG, M-16 dan Mortar), Latihan Taktikal tanpa anggota (LTTA), dan ujian objektif (senjata dan taktik).

Pada fasa medan pula peringkat 3 bermula dengan fasa pertahanan manakala intermediate melaksanakan fasa mara. Cabaran kali ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal jauh lebih tinggi berbanding latihan tahunan lepas. Berbeza semasa peringkat dua dahulu yang hanya dipantau dan ditegur oleh jurulatih sahaja. Kali ini penguji akan bertanya apa sahaja yang pegawai kadet senior lakukan dan semua perkara diteliti. Oleh yang demikian setiap pegawai kadet senior mesti bersedia menghadapi ujian yang bakal tiba.



Latihan senior amat dititikberatkan kerana melalui latihan inilah pegawai kadet senior akan dinilai sejahmana kesediaan mereka dalam menjadi seorang pegawai yang mempunyai persediaan mental dan fizikial yang mantap. Jarak perjalanan dari peringkat satu hingga peringkat tiga bukanlah seperti yang dijangkakan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku telah berlaku. Pertukaran jurulatih demi jurulatih sedikit sebanyak mempengaruhi moral pegawai kadet, tidak kira sama ada jurulatih peringkat sendiri ataupun jurulatih peringkat lain.



Seperti juga jarak perjalanan yang ditempuhi oleh pegawai kadet dalam misi mara untuk memusnahkan musuh di petak peta yang telah ditentukan oleh ketua kompeni ataupun keputusan mengundurkan pasukan dari kawasan pertahanan. Jarak yang tidak dekat malah harus menempuh pelbagai halangan dan rintangan dalam perjalanan. Namun semua itu sebenarnya hanyalah dihujung kuku sahaja jika hendak dibandingkan dengan latihan anggota tetap. Walaubagaimanapun, latihan tahunan ini sudah cukup untuk memanifestasikan segala pelajaran yang terkatup dalam kuliah setiap kali latihan tahunan.

No comments: